Polis akan panggil 10 pelajar perempuan bantu siasatan

KOTA KINABALU, 7 Zulkaedah 1438H, Isnin – Polis akan memanggil 10 pelajar perempuan bagi membantu siasatan berikutan penularan sebuah video yang menunjukkan seorang pelajar perempuan dibelasah di sebuah padang.

Ketua Polis daerah, Superintendan Mohd. Nasaruddin M. Nasir berkata, kertas siasatan telah dibuka berhubung insiden tersebut selepas ibu mangsa membuat satu laporan polis semalam.

Ibu bapa kesemua suspek di dalam video tersebut akan turut dipanggil bagi membantu siasatan, kata beliau.

“Berkaitan tular video di Kunak, untuk makluman ibunya telah buat laporan polis tengah hari semalam.

“Kita akan memanggil kesemua yang terlibat dalam masa terdekat dan ibu bapa serta guru-guru sekolah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Video berdurasi seminit 39 saat itu yang tular sejak semalam memaparkan sekurang-kurangnya 10 pelajar perempuan membelasah seorang rakan mereka dipercayai akibat berebut lelaki.

The post Polis akan panggil 10 pelajar perempuan bantu siasatan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?