Polis tangkap lelaki ancam rogol Siti Kasim
KUALA LUMPUR, 3 Zulkaedah 1438H, Khamis – Seorang lelaki tempatan ditahan kerana dipercayai membuat ancaman terhadap aktivis dan peguam Siti Zabedah Kasim, yang lebih dikenali sebagai Siti Kasim, melalui media sosial baru-baru ini.
Perkara berkenaan disahkan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh ketika dihubungi.
“Saya mengesahkan bahawa suspek telah ditahan berhubung kes berkenaan semalam,”katanya ringkas kepada Bernama.
Beliau berkata suspek juga direman selama tiga hari bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Beberapa hari lalu, peguam yang pernah mencetuskan kontroversi, terutama apabila membabitkan isu berkaitan perundangan Islam, membuat laporan polis berikutan ancaman yang diterimanya.
Dia mendakwa mendakwa menerima pelbagai ancaman serius seperti mahu merogolnya, menyimbah asid ke wajahnya, merejamnya dengan batu, dan juga ancaman untuk memancungnya.
The post Polis tangkap lelaki ancam rogol Siti Kasim appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan