Sambutan Raya Isma Kemaman Eratkan Silaturrahim antara Ahli dan Masyarakt

 

KUALA LUMPUR 22 Julai – Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Isma Cawangan Kemaman disambut meriah Sabtu lepas, dihadiri lebih 200 warga penduduk sekitar Kemaman.

Yang di-Pertua Isma Kemaman, Ustaz Mohd Zulkifli Ibrahim berkata, majlis jamuan bersempena Aidilfitri ini merupakan satu tradisi yang diteruskan oleh Isma Kemaman setiap tahun dengan jemputan terbuka kepada masyarakat sekitar, jabatan-jabatan kerajaan dan swasta, serta tokoh-tokoh masyarakat daerah Kemaman.

“Kita dapat lihat semua ahli kita menzahirkan keceriaan, mengukir senyuman. Saya bersama AJK yang menjayakan majlis merasakan suasana hari raya penuh ukhuwah dalam kalangan warga yang hadir.”

Antara tetamu yang turut hadir Yang Berhormat DUN Chukai, Hj. Hanafiah Mat, Ketua Penyelia UMNO Dun Chukai, Saudara Che Wan Asri Che Wan Abdullah, YDP Pertubuhan IKRAM Kemaman, Saudara Norfizam Said, wakil Jawatankuasa Masjid Geliga, Paya Berenjut dan Binjai. Turut serta wakil pertubuhan dan juga NGO sekitar Kemaman.

“Keistimewaan majlis kali ini adalah kita menggalakkan ahli untuk membawa hidangan secara potluck di samping menu utama Nasi Dagang dan Nasi Lemak Spesial. Saya dapat lihat pelbagai jenis kuih-muih, biskut raya dan pencuci mulut. Semua ada. Kita tidak tahu mana satu hendak makan dahulu kerana semuanya menarik dan sedap,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan Biro Media Isma Kemaman ketika menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kumpulan Utusan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ustaz Mohd Zulkifli berkata, kejayaan penganjuran majlis jamuan ini adalah hasil kerjasama erat semua AJK Isma Cawangan Kemaman dan semua ahli. Dalam pada itu, Ustaz Zulkifli turut memaklumkan bahawa Isma bercadang untuk mengadakan lagi program-program sebegini bagi mengekalkan ukhwah dalam ahli Isma Kemaman.

“Insya-Allah kalau kita lihat aktiviti perkumpulan cara begini dapat merapatkan silaturrahim, meningkatkan lagi rasa kasih sayang antara kita, kita akan adakan lagi dalam bentuk dan konsep yang serupa,” ujar beliau.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian