Suasana Sebak Iringi Ucapan Penangguhan Yang Di-pertua Isma Melaka

Ayer Keroh, 26 Feb – Perwakilan dan pemerhati ke Mesyuarat Agung Isma Melaka yang berlangsung di Ayer Keroh Country Resort berkongsi perasaan sebak mendengar amanat ucapan penangguhan YDP sessi baharu, Ustaz Ir Hj Mohd Khoushaini Mohd Naim.

“Perasaan saya bercampur baur apabila dilantik semula sebagai YDP baharu bagi sesi 2017/2019. Sangat terharu dan tersentuh di atas kepercayaan yang telah diberikan oleh para perwakilan.”

YDP ISMA Melaka Tengah sessi 2017-2019, , Tuan Hj Ir Khoushaini kelihatan menahan sebak ketika menyampaikan ucapan penangguhan mesyuarat agung ISMA Melaka Tengah.

“Ditambah pula apabila saya mengimbas semula kata-kata Khalifah Umar Abdul Aziz. ‘Sesungguhnya aku bukanlah yang terbaik dari kalangan kalian. Akan tetapi aku adalah sebahagian dari kalian. Cuma Allah telah jadikan aku dengan bebanan paling berat.’ “, ujarnya sambil sesekali terpaksa berhenti menyeka air mata yang mengalir.

Selain itu beliau mengharapkan sokongan yang kuat dari barisan jawatankuasa yang baru dilantik serta seluruh ahli Isma bagi menjayakan agenda Isma 20 tahun akan datang.

Tuan Khoushaini turut merakamkan ucapan tahniah kepada tujuh orang lagi ahli jawatankuasa baharu yang dilantik dalam mesyuarat agung tersebut bagi meneraju Isma Melaka bagi sesi 2017/2019.

Ucapan diakhiri dengan dua rangkap pantun menaikkan semangat dan disambut oleh laungan takbir daripada para perwakilan.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?