15 jemaah haji Malaysia meninggal di tanah suci

KUALA LUMPUR, 8 Zulhijjah 1438H, Rabu – 15 jemaah haji Malaysia meninggal dunia di tanah suci kerana masalah kesihatan ketika mengerjakan Rukun Islam kelima itu.

Dilaporkan, 11 orang meninggal di Makkah dan empat lagi di Madinah.

Pengurus Besar Kanan Sumber Manusia Lembaga Tabung Haji, Mohd Hisham Harun berkata, mereka yang meninggal dunia berusia 50 tahun ke atas akibat masalah kesihatan seperti penyakit jantung dan paru-paru.

“Jemaah haji kena kuat fizikal, kena bersenam dan berlatih berjalan. Sebab di Makkah memerlukan kekuatan tenaga untuk melaksanakan ibadat seperti mengerjakan tawaf dan sai,” katanya.

Sementara itu, lebih 100 jemaah Malaysia sekarang ini berada di hospital dan klinik di tanah suci.

“Ini termasuk lapan orang di hospital Arab Saudi. Yang lain di hospital dan klinik kelolaan Malaysia. Namun, oleh kerana hari ini jemaah sudah mula bergerak ke Arafah untuk berwukuf, biasanya kita akan bawa mereka berwukuf,” katanya lagi.

The post 15 jemaah haji Malaysia meninggal di tanah suci appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?