Atlet Myanmar berlari di padang, muslim Rohingya berlari di hutan

BANGI, 8 Zulhijjah 1438H, Rabu – Tatkala atlet negara rejim Myanmar berlari-lari di padang pada Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur bagi merebut emas, etnik muslim Rohingya di negara itu pula terpaksa berlari ke dalam hutan untuk menyelamatkan nyawa.

Ini kerana sejak beberapa hari lalu, tentera rejim negara itu melancarkan serangan membunuh etnik Rohingya tanpa mengira wanita, lelaki, kanak-kanak atau bayi, serta membakar perkampungan mereka.

Dilaporkan lebih 3,000 pelarian Rohingya tiba di Bangladesh, setelah mereka berdepan penganiayaan sejak tiga hari lalu. Mereka dikatakan melarikan ke dalam hutan di kawasan berbukit menuju ke sempadan Bangladesh.

Askar rejim Myanmar membalas dendam berikutan serangan kumpulan bersenjata Rohingya terhadap konvoi tentera dan polis mereka Jumaat lalu.

Tatkala, etnik Rohingya berlari ke hutan, atlet Myanmar pada Sukan SEA 2017 berlari di padang untuk memburu emas.

“Lebih malang lagi mereka (muslim Rohingya) tidak mendapat bantuan kemanusiaan daripada rakan-rakan di Asean. Malah dinafikan hak kebebasan bergerak.

“Akses kesihatan, pendidikan dan jauh sekali perumahan kerana pemerintah Myanmar mendakwa etnik Rohingya kelompok imigran yang tidak diterima,” kata Yang Dipertua Pertubuhan Kasih Anak Yatim Malaysia (Kayma), Dr Zulkeflee Yaacob.

Beliau yang juga pensyarah Universiti Perguruan Sultan Idris berkata, oleh kerana kerajaan rejim Myanmar tidak menerima etnik Rohingya sebagai warganegaranya, maka ekstremis Buddha bertindak ganas dan kejam terhadap mereka.

“Ketika jiran Myanmar berdiam diri penderitaan etnik Rohingya, namun mendapat reaksi dan simpati pemerintah Turki dan Aceh yang mengutuk dan menghulur bantuan idea dan material.

“Atas sifat kemanusiaan tinggi Raja Faisal Abdul Aziz juga membangun puluhan ribu kem Rohingya dan suku juta tinggal di Arab Saudi sejak dahulu,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa gabungan komuniti negara-negara Asean mengambil tindakan bagi menangani kesengsaraan muslim Rohingya di Myanmar, terutama di negeri majoriti etnik itu di Rakhine.

The post Atlet Myanmar berlari di padang, muslim Rohingya berlari di hutan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian