BEZAKAN ANTARA SYAFIE DAN SYAFIEYYAH



Dr Kamaruddin Awang Mat, ahli Majlis Ulama ISMA juga Naib YDP ISMA cawangan Kuala Terengganu, menegur sikap gopoh dan tidak cermat sesetengah pihak yang menghentam dan mengkritik Imam as-Syafie dengan mendakwa Imam tersebut membenarkan bapa biologi anak luar nikah berkahwin dengan anak luar nikahnya itu. Padahal, pandangan yang mengatakan bapa biologi anak luar nikah boleh berkahwin dengan anaknya itu adalah pandangan segelintir as-Syafieyyah (alim ulama yang bermetodologikan mazhab Imam as-Syafieyyah) bukannya Imam as-Syafie.

Mereka yang mahir dengan terma-terma yang digunakan dalam perbincangan fiqh Syafie akan faham perkara ini. Sehubungan itu, Dr Kamaruddin menyeru agar masyarakat umum tidak mengulas sewenang-wenang isu-isu yang mereka tidak tahu atau faham. Setiap perkara ada pakarnya. Rujuklah pakar jika kita tidak tahu.

Sebagai info tambahan, pokok asal perbincangan isu adalah sekitar para ulama tidak membenarkan seseorang anak luar nikah bernasabkan bapa biologinya kerana ia boleh menjejaskan sistem kekeluargaan dan pewarisan Islam. Mengheret perbincangan ke arah hukum keharusan bapa tersebut berkahwin dengan anaknya itu adalah sikap tidak akademik dan tidak objektif dalam perbincangan ilmiah. Bahkan mungkin tindakan berniat buruk menjatuhkan kredibiliti ulama.

Ulasan oleh:
Dr. Kamaruddin Awang Mat
NYDP ISMA Kuala Terengganu
Pensyarah Bidang Syariah 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian