Harga minyak naik 1 sen
BANGI, 8 Zulhijjah 1438H, Rabu – Harga runcit mingguan bagi petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik sesen seliter.
Ia menjadikan harga RON95 RM2.17 seliter dan RON97 RM2.44 seliter, berkuatkuasa 12.01 tengah malam ini.
Manakala harga runcit bagi diesel pula naik tiga sen menjadikan ia RM2.04 berbanding RM2.01 harga sebelumnya.
Harga baharu ini berkuatkuasa mulai tengah malam ini sehingga 6 September minggu hadapan.
The post Harga minyak naik 1 sen appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan