Isma turut serta sambutan kemerdekaan Ipoh;solidariti semua bangsa

IPOH, 27 Ogos, Ahad – Kemeriahan sambutan kemerdekaan terserlah ketika para pengunjung berlumba-lumba menurunkan tanda tangan solidariti yang telah disediakan oleh gerai Ikatan Muslimim Malaysia (ISMA) cawangan Ipoh baru-baru ini. Sambutan ini telah diadakan di program bulanan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) – program Hari Tanpa Kereta (CFD). Aktiviti-aktiviti kemerdekaan yang dijalankan menarik minat peserta daripada pelbagai golongan masyarakat tidak kira bangsa dan usia.

Pengunjung yang menanda tangani solidariti tersebut turut dihadiahkan Jalur Gemilang bagi bersama-sama mengibarkan bendera kebanggaan Malaysia pada sambutan tersebut.

Turut dijalankan di gerai Isma adalah pemeriksaan kesihatan percuma yang dilakukan oleh sukarelawan pengamal perubatan I-Medik Ipoh, jualan kuih tradisi cina oleh Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA), petandingan Street Soccer Merdeka, dan Sembang Merdeka yang disampaikan oleh Encik Anuar bin Mohd Yusof, bekas Inspektor Kesihatan yang pernah merasai kehidupan pada zaman sebelum kemerdekaan lagi.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?