PAS sasar tanding 100 kerusi pada PRU14

KOTA BHARU, 8 Zulhijjah 1438H, Rabu – PAS bercadang bertanding lebih 100 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, pihaknya kini sedang mengenalpasti kawasan Parlimen yang akan ditandingi.

Beliau berkata, sasaran itu dilakukan partinya melalui Gagasan Sejahtera sebagai blok ketiga.

“Kita sedang kenal pasti beberapa kawasan, mungkin lebih 100.

“Daripada dahulu lagi, kita ada gagasan ketiga, kita ada badan bukan kerajaan (NGO), parti politik bersama kita,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat EXCO negeri di sini, hari ini.

Pada PRU-13, PAS bertanding 73 kerusi Parlimen dan 236 Dewan Undangan Negeri (DUN).

Mohd Amar berkata, pihaknya sudah bersedia sepenuhnya menghadapi PRU-14 dan menjangka beberapa pertembungan berikutan hubungan parti itu dengan DAP sudah terputus.

The post PAS sasar tanding 100 kerusi pada PRU14 appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?