Semak akaun bank terlibat penipuan atas talian: PDRM
KUALA LUMPUR, 9 Zulhijjah 1438H, Khamis – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mewujudkan satu portal khas bagi membolehkan orang ramai menyemak akaun bank yang terlibat dalam penipuan urus niaga atas talian.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) (Siber dan Siasatan Multimedia), Senior Asisten Komisioner Ahmad Noordin Ismail berkata, portal yang dikendalikan JSJK itu masih dalam peringkat percubaan.
“Menerusi portal ini, orang ramai boleh memeriksa sama ada akaun bank itu pernah dilaporkan terbabit dalam penipuan dengan masukkan nombor akaun untuk semakan.
“Sekiranya ada penipuan menggunakan akaun terbabit, ia akan dipaparkan di ruang carian,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Katanya, portal http://ift.tt/2vEPpiz itu mula beroperasi beberapa hari lepas sebagai percubaan dan telah menerima 47,000 pelawat dengan 25,000 carian.
Portal itu dijangka dilancarkan secara rasmi dalam masa terdekat.
The post Semak akaun bank terlibat penipuan atas talian: PDRM appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan