Agong ucap takziah kepada keluarga mangsa pusat tahfiz

KUALA LUMPUR, 23 Zulhijjah 1438H, Khamis – Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V menzahirkan rasa dukacita terhadap tragedi kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Keramat di sini yang mengorbankan 22 pelajar dan dua guru.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz berkata, Seri Paduka turut menzahirkan ucapan takziah kepada ibu bapa dan seluruh anggota keluarga pelajar dan guru yang terkorban dan cedera dalam tragedi menyayat hati itu.

“Seri Paduka berdoa semoga anggota keluarga yang terlibat dengan tragedi yang menyedihkan ini diberikan kekuatan, keimanan dan kesabaran atas ujian Allah ini.

“Seri Paduka menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk sama-sama berdoa agar roh pelajar-pelajar dan guru tahfiz yang terkorban itu ditempatkan bersama orang-orang beriman dan para solihin.

“Sesungguhnya, pada ketika ini negara sedang bersedih dengan tragedi ini,” katanya dalam kenyataan di sini.

Sultan Muhammad V juga menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat membantu pelajar-pelajar, guru dan keluarga dalam menghadapi situasi sukar itu. – Bernama

The post Agong ucap takziah kepada keluarga mangsa pusat tahfiz appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?