Bomba terus pantau lokasi risiko banjir

MELAKA, 30 Zulhijjah 1438H, Khamis – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan terus memantau di semua lokasi berisiko banjir berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim berkata, peralatan logistik dan anggota JBPM mencukupi setakat ini bagi tujuan melaksana operasi mencari dan menyelamat serta memindahkan mangsa banjir.

“Tugas kita bukan sekadar memindahkan mangsa sebaliknya perlu menyediakan pusat pemindahan yang selesa dan mempunyai kemudahan yang secukupnya,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Setakat petang tadi, sebanyak 17 keluarga membabitkan 43 orang ditempatkan di empat pusat pemindahan banjir di Perlis susulan beberapa kawasan dinaiki air berikutan hujan lebat sejak awal pagi ini.

Memetik laporan Bernama, empat pusat pemindahan itu membabitkan Sekolah Kebangsaan Bintong, Kangar (10 keluarga), Sekolah Kebangsaan Panggau, Kangar (satu keluarga), Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Jaafar Hassan, Beseri (satu keluarga) dan Sekolah Kebangsaan Batu Bertangkup, Chuping (lima keluarga).

The post Bomba terus pantau lokasi risiko banjir appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?