Depot peluru meletup 30,000 dipindahkan

KIEV (Ukraine), 7 Muharram 1439H, Khamis – Lebih 30,000 orang dipindahkan dari Vinnytsia di tengah Ukraine selepas depot yang menyimpan pelbagai jenis peluru, termasuk peluru berpandu terbakar dan menghasilkan letupan kuat, hari ini.

Kejadian yang dianggap perbuatan sabotaj itu berlaku berhampiran bandar Kalynivka, kira-kira 200 kilometer di barat daya Kiev, mencederakan dua penduduk, kata Perkhidmatan Kecemasan Ukraine.

Lebih 180,000 tan peluru dipercayai disimpan dalam depot berkenaan, termasuk sistem pelancar roket.

Beberapa rumah berhampiran depot berkenaan juga rosak teruk.

Perdana Menteri Ukraine, Volodymyr Groysman mengarahkan siasatan terperinci kejadian itu yang disyaki disebabkan sabotaj.

Pihak berkuasa juga menutup ruang udara di kawasan terbabit bagi mengelakkan peluru berpandu.

Kejadian hari ini hampir sama dengan yang pernah berlaku Mac lalu membabitkan depot peluru di wilayah Kharkiv menyebabkan kira-kira 20,000 penduduk terpaksa dipindahkan. – Agensi

The post Depot peluru meletup 30,000 dipindahkan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?