Dobi Muslim bukan rasis, tetapi untuk kesempurnaan ibadah

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 7 Muharram 1439H, Khamis – Inisiatif dobi yang mengkhaskan hanya untuk orang Islam sewajarnya dihormati oleh semua pihak, kata Ketua Penerangan PAS, Ustaz Nasrudin Hasan.

Jelas beliau, isu pengasingan dobi antara orang Islam dan bukan Islam bukan disebabkan rasis.

“Pengasingan ini juga bukan sebab isu diskriminasi, tetapi ia adalah isu agama dan kesempurnaan ibadah. Urusan kebersihan pakaian dalam Islam adalah sebahagian dari ibadah,” katanya dalam satu kenyataan ringkas, hari ini.

Mengambil contoh aspek makanan, Ustaz Nasrudin berkata, sebagaimana ianya perlu dipastikan halal dan baik, maka begitulah pakaian mesti bersih dan suci dari najis zahir dan najis yang tidak zahir.

“Jika restoran umat Islam mesti berasingan dengan yang bukan Islam dan mesti mempunyai sijil Halal, maka pusat dobi juga selayaknya berasingan untuk dipastikan suci dari najis yang zahir dan tidak zahir,” katanya.

Baru-baru ini tular gambar papan tanda yang memaklumkan kedai dobi Elit Laundry di Muar hanya menerima pelanggan Islam atas faktor kesucian.

Bagaimanapun perkhidmatan itu ditamatkan selepas pemilik dobi akur dengan titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim, Sultan Iskandar agar menghentikan dasar yang hanya untuk orang Islam.

The post Dobi Muslim bukan rasis, tetapi untuk kesempurnaan ibadah appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?