Empat individu disambung reman kes seleweng dana kerajaan RM40 juta
PUTRAJAYA, 28 Zulhijjah 1438, Selasa – Tiga individu termasuk seorang berpangkat Datuk disambung reman tiga hari, manakala seorang lagi dua hari bermula esok berhubung kes penyelewengan dana hampir RM40 juta.
Perintah reman dikeluarkan Majistret, Siti Nabila Abd Rashid di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.
Jurucakap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberitahu, mereka yang direman tiga hari ialah Datuk yang juga Ketua Eksekutif badan berkanun itu berusia 58 tahun, setiausaha perbadanan berusia 34 tahun dan pengarah sebuah syarikat berusia 38 tahun.
Individu yang direman dua hari pula ialah penolong pegawai tadbir berusia 31 tahun.
Mereka sebelum ini direman enam hari bermula 14 September bagi membantu siasatan.
Siasatan awal SPRM mendapati pada tahun lalu, suspek disyaki menyeleweng sebanyak RM15 juta, manakala RM25 juta pula pada tahun ini.
Tahun ini, kerajaan memperuntukkan RM40 juta kepada perbadanan itu bagi mengendalikan program latihan dan pada tahun lalu, sejumlah RM35 juta turut diperuntukkan.
Dana itu diberi kerajaan untuk mengendalikan program latihan kemahiran khusus kepada mereka yang tidak mempunyai pekerjaan.
The post Empat individu disambung reman kes seleweng dana kerajaan RM40 juta appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan