Gempa bumi Mexico City: Angka korban meningkat 248 orang
MEXICO CITY, 30 Zulhijjah 1439H, Khamis – Sekurang-kurangnya 248 dilaporkan terkorban selepas gempa bumi kuat berukuran 7.1 magnitud melanda negara itu, Selasa lalu.
Gempa bumi itu dianggap tragedi terburuk dalam sejarah sejak 32 tahun lalu, yang berlaku pada 1985 apabila mengorbankan lebih 10,000 orang.
Selain Mexico City, kawasan yang turut terjejas dalam bencana kali ini ialah Morelos, Puebla, Mexico, Guerrero dan Oxaca.
Presiden Mexico, Enrique Pena Nieto memberitahu, 21 kanak-kanak turut maut dalam kejadian itu dan 30 lagi dilaporkan hilang selepas sebuah sekolah runtuh.
Beliau berkata, sekurang-kurangnya 49 bangunan dilaporkan runtuh dalam bencana itu.
Pasukan penyelamat dan sukarelawan masih berusaha menjalankan operasi mencari mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan.
Gempa bumi ini yang kedua melanda Mexico bulan ini, selepas 98 orang terbunuh dalam bencana sama di selatan Mexico, 7 September lalu. -Agensi
The post Gempa bumi Mexico City: Angka korban meningkat 248 orang appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan