Harga minyak turun antara 2 sen dan 4 sen mulai tengah malam

 

BANGI, 29 Zulhijjah 1438H, Rabu – Harga runcit bahan api diumumkan turun mulai tengah malam ini, selepas hampir dua bulan berturut-turut naik sejak penghujung Julai lalu.

Berdasarkan harga baharu yang diumumkan sebentar tadi, harga runcit bagi produk RON95 akan dijual dengan RM2.19 seliter (turun 2 sen), manakala RON97 turun 3 sen dengan RM2.49 seliter.

Sementara bagi diesel turun sebanyak 4 sen menjadikan harga baharunya kepada RM2.10 seliter.

Harga terbaru ini berkuat kuasa mulai tengah malam ini selama seminggu sehingga 27 September depan.

Mulai April tahun ini, penetapan harga petrol dan diesel secara mingguan akan diumumkan setiap hari Rabu dan harga tersebut berkuat kuasa selepas 12 tengah malam.

The post Harga minyak turun antara 2 sen dan 4 sen mulai tengah malam appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?