Hari kedua Kejohanan Piala Presiden Isma 2017 berlangsung penuh semangat

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

BANGI, 26 Zulhijjah 1438H, Ahad – Kejohanan Piala Presiden Isma 2017 hari ini diteruskan dengan perlawanan peringkat kumpulan bagi mengetahui pasukan mana yang layak memasuki pusingan suku akhir.

Perlawanan yang berlangsung seawal jam 8 pagi tadi, dimulakan dengan pasukan Melaka bertemu dengan pasukan Selangor.

Melaka berjaya mengalahkan pihak lawan dengan menjaringkan gol 1-0 di Padang A.

Sementara itu, di Padang C, perlawanan antara pasukan Pahang dan Kedah sedang berlangsung.

Selain 16 pasukan yang bertanding bagi merebut gelaran johan Piala Presiden Isma 2017, akan berlangsung juga perlawanan persahabatan antara Ahli Jawatankuasa Isma dan Yang DiPertua Isma pada jam 2.45 petang.

Acara hari ini dijangka tamat pada jam 6.15 petang sekali gus mengakhiri persoalan pasukan mana yang berjaya merebut takhta johan.

The post Hari kedua Kejohanan Piala Presiden Isma 2017 berlangsung penuh semangat appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?