Hati-hati derma kilat pusat tahfiz terbakar
BANGI, 23 Zulhijjah 1438H, Khamis – Orang ramai diminta berhati-hati dan tidak mudah percaya kepada tabung derma kilat kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Iftifaqiyyah, yang mula tular dalam media sosial sekarang ini.
Difahamkan, pihak pengurusan pusat tahfiz berkenaan tidak melancarkan apa-apa tabung sumbangan setakat ini, selepas kebakaran yang meragut 25 pelajar dan guru di bangunan pengajian mereka di Jalan Keramat, Kuala Lumpur, pagi tadi.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki juga mengingatkan mana-mana pihak tidak mengambil kesempatan daripada tragedi menyayat hati itu.
“Saya harap tiada pihak yang mengambil kesempatan ke atas tragedi ini. Orang ramai boleh menghubungi pihak berkuasa untuk memaklumkan sebarang perkara berkenaan,” katanya ketika diminta mengulas penularan tabung bencana insiden malang itu sejak pagi tadi.
Sejak pagi tadi, gambar akaun bank kononnya sebagai derma kilat kepada pusat tahfiz itu, mula tular di laman sosial.
The post Hati-hati derma kilat pusat tahfiz terbakar appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan