Hilang tiga anak serentak dalam kebakaran pusat tahfiz al-Quran

KUALA LUMPUR, 23 Zulhijjah 1438H, Khamis – Lapan tahun lalu, suami yang menjadi tempat bermesra, pergi menghadap Illahi.

Pun begitu, Mashawani Mohamed Shahid, 29 tahun, tetap tabah membesarkan anak-anaknya. Anaklah yang menjadi tempat mencurah kasih sayang. Didikan agama diberikan dengan harapan menjadi anak yang soleh.

Namun, sebagaimana firmaan Allah dalam ayar 286 surah Al-Baqarah yang bermaksud “Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya……

Allah Maha Penyayang, mengujinya dengan berat – tiga anak Mashawani diambil serentak menjelang azan Subuh pagi tadi, untuk ditempatkan di syurga-Nya.

Muhammad Syafiq Haikal, Muhammad Hafiz Iskandar dan Muhammad Harris Ikhwan adalah antara tiga yang meninggal dunia selepas tempat mereka belajar al-Quran, Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat di sini, terbakar.

Setakat ini, usia ketiga-tiga beradik itu belum diketahui. Manakala, Mashawani yang terlalu sedih menerima berita itu tidak dapat ditemu bual.

Tiga beradik itu bersama 20 lagi rakan dan dua guru tidak sempat menyelamatkan diri dalam kebakaran bangunan tiga tingkat itu.

Bomba menerima panggilan kecemasan jam 5.41 pagi, mengenai kebakaran itu.

The post Hilang tiga anak serentak dalam kebakaran pusat tahfiz al-Quran appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?