Israel tutup pintu sempadan Tebing Barat, Semenanjung Gaza

BAITULMAQDIS, 8 Muharram 1439H, Jumaat – Israel akan menutup pintu sempadan di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza selama dua hari bermula tengah malam ini, menjelang sambutan perayaan ‘Day of Atonement’, lapor agensi berita China Xinhua.

Tentera Israel pada Khamis mengumumkan penutupan bermula pukul 12.01 pagi (21:01pm GMT).

“Penutupan dijangka hingga tengah malam Sabtu namun bergantung kepada keadaan semasa,” kata jurucakap tentera dalam satu kenyataan.

Lantaran penutupan berkenaan, semua pusat pemeriksaan di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza ditutup dan rakyat Palestin tidak dibenarkan keluar atau masuk ke wilayah itu kecuali untuk kes kemanusiaan tertentu.

Bagaimanapun penutupan tidak tertakluk kepada penduduk Yahudi yang tinggal di Tebing Barat.- Bernama

The post Israel tutup pintu sempadan Tebing Barat, Semenanjung Gaza appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?