KARISMA 2017: Nadi Kebangkitan Mahasiswa Pemimpin Ummah di Australia

ADELAIDE, 3 Zulhijjah 1439 – Kemegahan imej Isma Australia terzahir melalui Persidangan Agung nasionalnya yang dianjurkan buat julung kalinya di University of Adelaide pada hari Ahad lepas. Persidangan ini merupakan satu program kebersamaan yang menjadi salah satu cabang program di bawah Konvensyen Aspirasi Isma Australia (KARISMA) 2017.

Mewakili jawatankuasa Isma Pusat Malaysia, persidangan pada kali ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Aminuddin Yahaya, Timbalan Pengerusi Ikatan Muslimin (Isma). Dalam ucapan perasmian beliau, Tuan Hj Aminuddin  sempat memberikan peringatan kepada para pemuda agar tidak terlalu gopoh menjalankan dakwah dan tarbiyah sehingga melupakan prinsip utama yang sepatutnya menjadi pegangan pemuda-pemudi, iaitu berkenaan dengan keikhalasan dalam beramal.

Menurut Encik Anuar dalam ucapan dasarnya persidangan tersebut, “Pentarbiyahan dan dakwah yang konsisten mampu menjamin nasib sesebuah tamadun itu. Kita semua tahu bahawa kemenjadian ketamadunan sesebuah bangsa itu terletak pada anak bangsa itu sendiri – siapa? Kita semua sebagai belia, beliawanis, pemuda dan pemudi bakal pemimpin negara.”

Sebagai satu unjuran daripada perkongsian oleh Timbalan Presiden Isma Malaysia ini, Isma Australia telah menetapkan beberapa aspirasi nasional yang turut selari dengan keperluan pembangunan pemuda di Australia.

“Oleh itu, Isma Australia ingin memastikan kita mampu menjadi sebuah badan dakwah yang mampu membawa pemuda pemudi dengan lebih jauh sama ada duniawi mahupun ukhrawi. Maka, Isma Australia menggariskan beberapa aspirasi-aspirasi yang perlu dicapai seperti; Isma menjadi peneraju amal mahasiswa, Isma Australia memimpin pandangan umum mahasiswa serta mendapat kepercayaan masyarakat secara meluas,” sambungnya lagi.

Hadirin pada tahun ini menjadi saksi akan kebangkitan perjuangan mahasiswa-mahasiswi dalam memastikan tertegaknya syiar Islam di bumi kangaru ini. Banyak kejayaan Isma Australia yang sememangnya sangat membanggakan, seperti kejayaan Isma dalam menganjurkan pelbagai program berimpak tinggi seperti Kickstart, Youth of Ummah (Y.O.U) Camp, Konvensyen Aspirasi Isma Australia (KARISMA) dan sebagainya. Kehadiran mahasiswa dari seluruh pelusok Australia ke persidangan ini mampu dijadikan sebagai indikator bahawa mahasiswa di Australia sememangnya bersemangat tinggi dalam menyumbang kepada masyarakat melalui pembinaan imej professional dan karismatik di persidangan ini.

Semoga dengan usaha kecil Isma Australia dalam melahirkan generasi bakal pemimpin negara berjiwa Islam mampu menyumbangkan kebangkitan perjuangan kita dalam merealisasikan kejayaan Islam yang dijanjikan Allah. Dengan kezahiran keunikan Isma Australia melalui persidangan ini, semoga ianya mampu menjadi pembakar semangat buat mahasiswa dalam memacu pergerakan pada masa hadapan.

Nik Faris Haikal

Ahli Biro Komunikasi dan Multimedia

Isma Australia

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?