Malaysia gantung import daging tiga syarikat Australia

BANGI, 28 Zulhijjah 1439H, Selasa – Malaysia menggantung sementara import daging lembu dan kambing dari tiga syarikat Australia berkuat kuasa 18 Ogos lalu.

Thomas Foods International (TFI) adalah salah satu daripada pengeksport utama daging lembu dan biri-biri Australia, yang berdepan tindakan itu, kata Ketua Pegawai Operasinya, David McKay.

“TFI tidak memahami kenapa penggantungan itu dibuat,” katanya kepada The Weekly Times.

TFI adalah sebuah syarikat milik keluarga yang terbesar, berpangkalan di Australia Selatan dan mempunyai pendapatan tahunan lebih daripada A$1 bilion.

Bagaimanapun, beliau menjangkakan TFI mempunyai peluang untuk memperoleh semula akses ke pasaran Malaysia pada awal Oktober ini.

Setakat ini, katanya, daging lembu dan kambing yang sepatutnya dihantar ke Malaysia, telah dieksport ke negara lain bagi mengelak kerugian.

“Kami tidak boleh mengulas lebih lanjut mengenai penggantungan itu sehingga kami melihat kepada laporan akhir daripada pihak berkuasa Malaysia. Tapi, kami difahamkan Malaysia akan menyemak semula senarai itu awal bulan depan,” katanya.

Malaysia dilihat sebagai kawasan pertumbuhan bagi eksport daging Australia dan menjadi destinasi kesembilan terbesar, dari segi jumlah, untuk semua eksport lembu Australia dalam tempoh 12 bulan lalu.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Pertanian Australia berkata, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia telah memperbaharui senarai dalam laman web mereka mengenai daging Australia yang diluluskan untuk dibawa masuk ke Malaysia pada 18 Ogos, dan memaklumkan bahawa tiga syarikat Australia digantung.

Berita mengenai penggantung itu mula dihebahkan selepas enam pengeluar daging Australia, termasuk FTI, kekal dilarang memasuki pasaran China.

Malaysia biasanya menghalang import daging dari luar negara jika syarikat pengeksport tidak mematuhi syarat ditetapkan, termasuk tidak memiliki sijil halal daripada agensi yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Mengikut senarai dikeluarkan, Jakim hanya mengiktiraf sijil halal dikeluarkan oleh tujuh pihak di Australia, termasuk oleh Supreme Islamic Council of Halal Meat in Australia Inc (SICHMA).

The post Malaysia gantung import daging tiga syarikat Australia appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian