Mangsa kebakaran pusat tahfiz selesai jalani pembedahan buang kulit melecur
Bapa kepada mangsa kebakaran
KUALA LUMPUR, 28 Zulhijjah 1438H, Selasa – Mangsa yang terselamat dalam kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Khamis lalu, selesai menjalani pembedahan membuang kulit melecur.
Zunnun Misri, 15 menjalani pembedahan itu selama dua jam.
Bapanya, Nasrun Mat Yusuf berkata, Zunnun masih diberi bantuan pernafasan oksigen untuk memulihkan semula tenaganya.
“Dia sudah stabil, boleh makan, bercakap dan bergerak.
“Alhamdulillah terima kasih atas doa semua dan saya harap rakyat Malaysia terus doakan agar anak saya dan dua lagi rakannya yang masih di ICU akan pulih semula,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Nasrun memberitahu, anaknya terselamat dengan melompat dari atas bumbung selepas gagal mengejutkan adiknya dari tidur.
Bagaimanapun, seorang lagi anaknya Muhammad Nizamudin, 13, maut dalam insiden itu.
The post Mangsa kebakaran pusat tahfiz selesai jalani pembedahan buang kulit melecur appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan