Mufti Perak sedih tengok sesama Melayu berpecah

IPOH, 29 Zulhijjah 1439H, Rabu – Orang Melayu perlu bersepakat membentuk penyatuan dengan berpaksikan kepada agama Islam.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, beliau sedih melihat keadaan sekarang di mana orang Melayu berusaha menjatuhkan bangsa sesama sendiri.

Menyifatkan perpecahan dalam kalangan orang Melayu kelihatan terlampau parah, katanya semua itu perlukan penyatuan semula dalam kalangan bangsa.

Jelas beliau, pendapat sarjana dunia yang mengkaji mengenai hal ehwal manusia dan undang-undang, semuanya mengatakan Islam itulah yang paling baik.

“Namun, manusia ini dia sombong, walaupun mengakuinya, tetapi dia tidak melakukannya. Kita tengok orang India dan Cina, mereka juga berselisih dari segi politik, tetapi tidak dari segi bangsa.

“Tetapi orang Melayu ini susah, sedikit sahaja perselisihan pendapat, mereka tidak bertegur. Padahal kata nabi, perbezaan pendapat itu merupakan satu rahmat kerana ia membuka kepada pemikiran supaya kita lebih maju,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Persidangan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) Ke-200 di Pusat Islam Darul Ridzuan, semalam.

The post Mufti Perak sedih tengok sesama Melayu berpecah appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?