Penunjuk perasaan, sami Buddha cuba halang bantuan kepada Rohingya

Etnik muslim Rohingya terpaksa menempuh pelbagai halangan ketika melarikan diri dari kampung mereka yang diserang tentera rejim Myanmar. – Gambar Reuters

SITTWE (Myanmar), 1 Muharram 1439H, Jumaat – Penunjuk perasaan terdiri daripada sami Buddha dan penyokong mereka membaling bom petrol untuk menghalang penghantaran bekalan bantuan kepada umat Islam di Rakhnie, sebelum disuraikan polis.

Kejadian yang berlaku kelmarin menunjukkan kebencian terhadap etnik muslim Rohingya semakin memuncak. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menuduh tentera rejim Myanmar melakukan pembersihan etnik.

Ratusan penunjuk perasaan yang dipimpin sami Buddha terbabit dalam percubaan untuk menghalang pekerja Pasukan Palang Merah Antarabangsa, memunggah bekalan bantuan ke dalam bot untuk dihantar ke utara Rakhine, di mana majoriti etnik Rohingya tinggal dan dikepung tentera rejim.

Penunjuk perasaan, sesetengahnya bersenjatakan batang besi dan rotan, membaling bom petrol ke arah pekerja bantuan. Bagaimanapun, tiada yang cedera, kata jurucakap Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC), Maria Cecilia Goin.

“Semua bantuan kecemasan yang dilakukan oleh ICRC dilakukan dengan cara yang tidak memihak,” katanya.

Permusuhan antara penganut Buddha dan etnik muslim Rohingya, yang sebahagian besarnya ditolak kewarganegaraan, bermula beberapa dekad lalu di Rakhine, mencetuskan beberapa kali ketegangan, dan terbaharu bermula Ogos lalu.

Pemantau hak asasi manusia dan pelarian Rohingya mengatakan pihak tentera yang disokong militan Buddha melancarkan kempen bertujuan mengusir penduduk Islam dan memusnahkan perkampungan mereka.

Krisis Rohingya menimbulkan kecaman antarabangsa dan mencetuskan persoalan mengenai komitmen pemimpin kerajaan Myanmar, Aung San Suu Kyi terhadap hak asasi manusia yang sebelum ini diperjuangkannya. – Agensi

The post Penunjuk perasaan, sami Buddha cuba halang bantuan kepada Rohingya appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian