Pertahan pesta arak seperti perjuang agenda syaitan

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 29 Zulhijjah 1439H, Rabu – Sesiapa sahaja yang gigih mempertahan pesta arak, mereka seolah seperti memperjuang agenda syaitan, kata Ketua Pemuda Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Daerah Hulu Langat, Ustaz Ibrahim Hassan al-Hafiz.

Beliau berkata, tidak ada satu pun agama di dunia ini yang mengiktiraf minuman arak sebagai sebahagian daripada tuntutan agama.

“Bahkan Islam sendiri mengharamkan minuman yang memabukkan kerana kesan mudarat yang besar kepada manusia. Jadi, apabila manusia dan agama menolak arak, hak apa sebenarnya yang mereka perjuangankan?

“Saya fikir, mereka memperjuangkan agenda Syaitan yang ingin menjauhkan manusia daripada kehidupan beragama dan bersumpah untuk menghancurkan manusia sehingga hari kiamat,” katanya kepada Ismaweb.net hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan pemimpin parti rasis dan cauvinis DAP, disertai PKR serta parti anggota Barisan Nasional (BN) yang anti-Islam, MCA, yang membantah keras keputusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membatalkan ‘The Better Beer Festival 2017’ pada 6 dan 7 Oktober ini.

Lima pemimpin itu dalam kenyataan bersama berkata, DBKL tidak sepatutnya menolak permohonan sewenang-wenangnya dan mengancam untuk mengambil tindakan terhadap pihak penganjur tanpa memberi alasan sewajarnya.

“Kami kesal keputusan itu yang menyaksikan pihak berkuasa tempatan, seperti DBKL cuba bertindak sebagai juara agama. Tindakan mereka tidak konsisten dan dilihat tunduk kepada permainan politik dan mengabaikan semangat muhibah,” kata mereka.

Ustaz Ibrahim berkata, beliau berharap tidak ada pihak yang akur dengan desakan mereka ini.

“Kita juga menyeru agar netizen yang mempunyai kesedaran agar bangkit menentang agenda Syaitan daripada golongan Jin dan manusia (al-an’am:112) yang menggunakan kata-kata indah tetapi hakikatnya dusta. Mereka mengatakan ianya hak sedangkan ianya adalah kebinasaan tamadun manusia.

“Netizen juga perlu menyokong tindakan DBKL membatalkan penganjuran pesta arak kerana ia adalah selari dengan perlembagaan bahawa Islam adalah agama persekutuan dan tidak menghalang hak agama lain,” katanya.

The post Pertahan pesta arak seperti perjuang agenda syaitan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?