Perutusan Maal Hijrah Tahun 1439H

Alhamdulillah, setinggi syukur ke hadrat Allah SWT, kerana dengan taufik dan inayahnya kita dapat sama-sama mengecapi tahun baru hijrah yang ke-1439 ini.  ISMA dengan penuh takzimnya, merakamkan ucapan selamat menyambut tahun baru Hijrah kepada seluruh umat Islam, khususnya yang berada di Malaysia.

Sesungguhnya, tujuan hijrah adalah untuk membina negara yang memberikan umat Islam tapak untuk bergerak yang kukuh dalam menegakkan serta menyebarkan Islam.

عَنْ عَائِشَةَ رَضِي اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لاَ هِجْرَةَ بَعْدَ الْفَتْحِ وَلَكِنْ جِهَادٌ وَنِيَّةٌ وَإِذَا اسْتُنْفِرْتُمْ فَانْفِرُوا

Maksudnya: Dari Aisyah ra. Ia berkata: Nabi SAW bersabda: “Tidak ada hijrah lagi setelah dibukanya kota Makkah, tetapi yang ada adalah jihad (berjuang di jalan Allah) dan niat untuk selalu berbuat baik. Oleh karena itu, jika kalian dipanggil untuk berjuang, maka berangkatlah!”

(HR. Bukhari dan Muslim)

Sempena bermulanya bulan Muharam 1439H ini, marilah kita menghayati semangat hijrah yang penting ini. Walaupun pada hari ini umat Islam sudah memiliki negara sendiri, tetapi fungsi “Kenegaraan Islam” tidak berlaku.

“Tapak kekuasaan” ini telah dirobek-robek oleh musuh-musuh Islam sehingga umat Islam tidak lagi selamat dan seakan-akan menjadi asing di negara sendiri.

Situasi ini menuntut dari umat Islam untuk bangkit bagi membetulkan keadaan. Kita tidak dituntut untuk berhijrah meninggalkan negara tetapi kita perlu melawan dengan hati (menolak) pencabulan ini dan berjihad membebaskannya.

Punca utama dominasi orang kafir ke atas umat Islam di negara umat Islam  ialah kerana umat Islam sendiri telah  terpecah – pecah ikatan wala’ sesama mereka.

Untuk itu, umat Islam khususnya orang Melayu di Malaysia perlu mengembalikan pertalian wala’ mereka kepada Allah SWT, Rasul SAW dan orang-orang yang beriman.

Firman Allah dalam surah an-Nisaa’ (ayat 144);

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِن دُونِ الْمُؤْمِنِينَ ۚ أَتُرِيدُونَ أَن تَجْعَلُوا لِلَّهِ عَلَيْكُمْ سُلْطَانًا مُّبِينًا

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Adakah kamu hendak mengadakan alasan yang terang nyata bagi Allah untuk (menyeksa) kamu?

(An-Nisaa’ 4:144)

Kelompok-kelompok Islam lebih gemar memberi wala’ mereka kepada kelompok-kelompok bukan Islam, menyebabkan mereka berpecah dan menjadi lemah.

Firman Allah dalam surah al-Anfaal (ayat 46);

وَأَطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلَا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ ۖ وَاصْبِرُوا ۚ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ

Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.

(Al-Anfaal 8:46)

Saya menyeru sempena sambutan Maal Hijrah pada tahun ini agar umat Islam memperbaharui niat untuk mengubah belenggu jahiliyyah yang dipaksakan dan berusaha membebaskan diri darinya.

Oleh kerana itu, kita perlu merapatkan saf serta mempertautkan semula hubungan wala’ sama-sama mereka dan memutusakn sama sekali wala’ kepada musuh-musuh Islam.

Ustaz Haji Abdullah Zaik bin Abd Rahman
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma)

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?