Pesta arak, gay eksperimen puak liberal jadikan Malaysia tempat acara songsang

BANGI, 1 Muharram 1438H, Jumaat – Rancangan menganjurkan pesta gay di ibu negara pada 30 September ini adalah eksperimen pihak liberal untuk menjadikan Malaysia sebagai tempat berlangsungnya acara songsang, kata Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari.

Serentak itu, beliau memberi amaran, Pemuda PAS tidak akan teragak-agak menggembleng kebangkitan dan menghalangnya jika ia tetap dianjurkan juga.

Katanya, untuk terus mencabar Islam yang menjadi tonggak negara ini, kehidupan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) dipromosikan secara gigih atas nama kebebasan dan hak asasi manusia.

“Provokasi ini lanjutan daripada pelbagai penganjuran seumpama termasuk pesta arak, bogel dan maksiat lain yang cuba ditaja dalam skala besar dan didalangi oleh kepentingan tertentu.

“Pesta gay tersebut dikatakan sebagai ‘pemanas badan’ menjelang White Party Bangkok selama tiga hari pada hujung Disember depan di Thailand,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Perbuatan itu, katanya, adalah sikap melampau dan jijik yang cuba dibawa masuk pihak tertentu untuk menjadikannya sebagai sebahagian daripada gaya hidup masyarakat Malaysia.

Hakikatnya ia adalah perbuatan tidak bermoral, terkutuk dan hilang pedoman daripada fitrah sebenar kejadian manusia yang diciptakan oleh Allah SWT sebagaimana kutukan-Nya terhadap kaum Nabi Luth as, katanya.

Ustaz Ahmad Fadhli berkata, perbuatan tidak bermoral itu adalah jalan singkat yang boleh mengundang kemurkaan Allah, selain bertentangan sama sekali dengan norma dan nilai hidup manusia bermaruah.

“Paling nyata, kehidupan seperti inilah kancah merebaknya penyakit sosial lainnya seperti seks bebas, pengambilan dadah dan alkohol, kepincangan rumah tangga, kelemahan prestasi kerja serta jenayah.

“Kerajaan melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Jabatan-jabatan Agama Islam perlu lebih sensitif terhadap perkembangan ini dengan melaksanakan pemantauan berterusan. Ketegasan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menolak permohonan pesta arak baru-baru ini adalah contoh tindakan yang wajar mendapat pujian,” katanya.

Katanya, menyuburkan budaya LGBT dan seangkatan dengannya melalui pesta-pesta sedemikian hanyalah menjurus kepada langkah menjahanamkan moral masyarakat dan membiakkan lagi penyakit seperti HIV.

The post Pesta arak, gay eksperimen puak liberal jadikan Malaysia tempat acara songsang appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian