Pesta arak, gay: Malaysia seperti menjemput ‘bala’

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 29 Zulhijjah 1438H, Rabu – Tatkala umat Islam lantang membantah dan menentang penganjuran pesta arak pada awal Oktober depan, wujud pula pra-pesta muzik tarian gay yang akan diadakan 30 September ini di ibu negara.

Penganjuran bersilih ganti itu seolah-olah sengaja mencabar muslim di negara ini, sekali gus tidak menghormati Malaysia yang mendaulatkan Islam sebagai agama Persekutuan.

Menerusi tinjauan Ismaweb di Facebook, rata-rata netizen meluahkan kebimbangan mereka terhadap dua penganjuran pesta itu, yang disifatkan sebagai melampau.

Tidak kurang juga antara mereka yang menganggap negara ketika ini seolah-oleh sedang menjemput ‘bala’ dengan dua pesta yang mengundang pelbagai masalah sosial dalam kalangan masyarakat.

Menurut pemilik akaun Itik Krypton berkata, beliau bimbang penganjuran sedemikian akan mengundang kepada bencana dan bala buat negara.

“Masih tidak terasakah kita, mungkin ini sebagai satu bentuk bala. Masing-masing kita perlu muhasabah semula,” kata Zain Zakaria.

“Bala maksiat bila dah turun tak kira siapa yang buat atau tidak buat, semua kena. Pemerintah perlu buat sesuatu,” kata Beng Beng Karagan.

Sementara Shaikh Abbas berkata, penganjuran sebegitu sengaja dibawa masuk ke Malaysia untuk mencabar keutuhan agama Islam di negara ini.

“Banyaknya maksiat mengundang kemurkaan Allah, dan bala tidak dapat dielakkan. Pemerintah harus tegas jika benar daripada orang yang beriman. Hak kebebasan dan demokrasi tidak boleh digunakan sebagai alasan,” katanya.

Turut senada dengan komen itu, Musafir ZA menyifatkan penganjur dua pesta berkenaan adalah pihak sama yang merancang menyerang orang Islam dan memberi tekanan kepada badan-badan berkuasa agama Islam.

“Ia (pesta) memang dirancang ikut giliran. Mereka tahu orang Islam akan bantah, jadi NGO dan ahli politik mereka akan pakai modal hak kebebasan untuk hasut bukan Islam benci kerajaan dan orang Melayu,” katanya.

Netizen menggesa kerajaan supaya lebih tegas dalam mengekang penganjuran sebegini, dengan menjadikannya acara tahunan yang sentiasa membimbangkan umat Islam negara.

Mereka berkata, peganjuran berkenaan hanya mengeruhkan lagi usaha mengurangkan masalah sosial negara, dan kerajaan perlu memainkan peranan besar menyekat pesta itu.

“Allahu, mereka sudah melampau! Pemimpin kita takkan tengok sahaja?,” soal Widad Munifah.

“Kenapa kerajaan boleh biarkan hal begini berlaku? Apa sudah jadi,” kata Misleha Bt Mahmood.

Ismaweb.net hari ini melaporkan mengenai penganjuran parti muzik gay ‘White Party BKK Warm Up’ yang dikatakan terbesar di dunia, dengan menghimpunkan semua ahli komuniti LGBT dan gay dari seluruh negara.

Acara yang terhad kepada mereka yang berumur 21 tahun ke atas itu akan diadakan di Rooftop GTower, Kuala Lumpur.

The post Pesta arak, gay: Malaysia seperti menjemput ‘bala’ appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?