Pesta arak: PAS tuntut Azmin beri penjelasan

KUALA TERENGGANU, 6 Muharram 1439H, Rabu – PAS mendesak kerajaan PKR Selangor menyatakan pendirian sama ada menyokong atau menolak penganjuran Better Beer Festival 2017 sekiranya diadakan di negeri itu.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan berkata, kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebelum ini menimbulkan persoalan.

Katanya, kenyataan Azmin memperlihatkan seolah-olah beliau tidak menghalang pesta arak, asalkan mematuhi peraturan pihak berkuasa tempatan atas alasan menghormati hak kaum dan agama lain.

Sehubungan itu, ustaz Nasrudin menegaskan, Azmin perlu memberi penjelasan lanjut mengenai kenyataannya berhubung isu berkenaan.

“Saya harap kerajaan Selangor tegas membuat kenyataan dan tindakan hitam putih dan jangan ‘play safe’ dalam membuat kenyataan.

“PAS tidak mahu pesta itu nanti menarik pelbagai pihak yang secara tidak langsung mempromosikan jenama dan bahan minuman alkohol,” katanya dipetik Utusan Online, hari ini.

Baru-baru ini, Azmin mengeluarkan kenyataan menafikan beliau membenarkan pesta arak diadakan di Selangor.

Beliau berkata, pendirian kerajaan negeri ialah sebagai sebuah kerajaan bertanggungjawab, bukan sahaja perlu menghormati hak dan agama masyarakat lain, tetapi juga perlu mempertahankan hak mereka dan itu ialah dasar kerajaan negeri.

The post Pesta arak: PAS tuntut Azmin beri penjelasan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?