Polis ambil keterangan remaja panjat ‘IPOH’
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Menerusi video berdurasi 60 saat itu memaparkan sekumpulan anak muda berada di atas mercu tanda berkenaan sambil mengibarkan Jalur Gemilang gergasi sempena sambutan Hari Malaysia.
Difahamkan, kumpulan itu tidak mendapat sebarang kebenaran daripada mana-mana pihak untuk menaiki mercu tanda itu meskipun mengamalkan ciri keselamatan dengan menggunakan tali mengikat pinggang tubuh masing-masing pada palang besi mercu berkenaan.
Susulan itu, polis menahan sekumpulan enam remaja berusia antara 19 hingga 29 tahun.
Mereka ditahan Selasa lalu, selepas hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar, kira-kira jam 10 malam.
Ketua Polis Daerah Kampar, Superitendan Ng Kong Soon berkata, mereka bagaimanapun dibebaskan semula selepas keterangan direkodkan.
“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan yang membahayakan nyawa atau keselamatan diri orang lain,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.
Tindakan kumpulan anak muda berkenaan menjadikan ia sebagai kejadian ketiga dilaporkan selepas membabitkan sembilan remaja pada Januari tahun ini.
The post Polis ambil keterangan remaja panjat ‘IPOH’ appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan