Polis Thailand tahan sami Buddha anti-Islam

 

THAILAND, 1 Muharram 1438H, Jumaat – Seorang sami Buddha yang terkenal kerana memuat naik kenyataan anti-Islam secara online ditahan oleh polis Bahagian Pembanterasan Jenayah (CSD) di Songkla dan dibawa ke Bangkok di mana beliau menarik balik kenyataan itu “secara sukarela”.

Apichat Punnajanatho, ditahan di sebuah kuil di wilayah selatan pada Selasa dan dibawa ke ibu negara Thailand semalam.

Timbalan Perdana Menteri Jen Prawit Wongsuwan yang menyelia keselamatan dalam negeri mengesahkan penangkapan sami Buddha itu ketika ditanya mengenai perkara itu oleh media hari ini dan berkata perilaku Apichat sebelum ini begitu mengancam.

“Perilaku bekas sami itu, Apichat merupakan satu ancaman kepada keselamatan agama. Anda akan tahu jika anda mendengar klip videonya,” katanya sambil menambah sami itu tidak ditahan di dalam kem tentera memandangkan penangkapannya dibuat oleh polis.

Prawit yang juga Menteri Pertahanan berkata, beliau dimaklumkan bahawa sami itu meninggalkan amalan sami itu secara sukarela.

Apichat mendapat perhatian kerana kegiatan anti-Islam termasuk di mana dia mencadangkan sebuah masjid dibakar setiap kali seorang sami Buddha dibunuh oleh militan di selatan Thailand.

– Bernama

 

The post Polis Thailand tahan sami Buddha anti-Islam appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?