Siasatan kebakaran tahfiz kini di peringkat akhir
BANGI, 29 Zulhijjah 1438H, Rabu – Siasatan terhadap kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang mengorbankan 23 nyawa Khamis lalu, kini berada diperingkat akhir.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, pihaknya kini sedang mengemas kini kertas siasatan sebelum dijangka diserahkan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya, esok.
Beliau berkata, siasatan bermula sejak hari kejadina sebelum pegawai penyiasat mengesan wujudnya unsur jenayah.
Ianya merangkumi keterangan saksi, mangsa terselamat, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan laporan Unit Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Unit Forensik Polis.
“Siasatan masih dijalankan susulan penangkapan suspek dan siasatan masih merangkumi usaha mengumpulkan lebih banyak bukti.
“Setiap siasatan diteliti manakala keterangan suspek turut diambil kira untuk pengesahan,” katanya seperti dilapor Berita Harian, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.15 pagi Khamis lalu, 23 pelajar termasuk dua guru pusat tahfiz berkenaan terkorban selepas terperangkap di tingkat tiga banglo berkenaan yang menempatkan asrama pelajar.
Kejadian itu juga menyebabkan enam pelajar dan seorang orang awam cedera, yang mana tiga daripada mereka masih dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
The post Siasatan kebakaran tahfiz kini di peringkat akhir appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan