SPRM tahan setiausaha politik menteri

KEPALA BATAS, 6 Muharram 1439H, Rabu – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan setiausaha politik kepada seorang menteri, kira-kira jam 12.30 tengahari tadi.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata, penahanan itu dibuat bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan wang peruntukan yang sepatutnya disalurkan kepada Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK).

“Lelaki berkenaan ditahan ketika memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya dan kita percaya beliau ada kaitan dengan empat lagi individu yang ditahan pada 13 September lalu,” katanya dipetik Berita Harian, hari ini.

Pada 13 September lalu, SPRM telah menahan empat individu termasuk seorang yang bergelar Datuk selepas disyaki terlibat dalam penyelewengan wang peruntukan yang disalurkan kepada badan yang sama.

Mereka yang ditahan terdiri daripada Ketua Eksekutif PTPK, Setiausaha PTPK, Penolong Pegawai Kewangan PTPK dan seorang pengarah sebuah syarikat bergelar Dr.

Bagaimanapun, keempat-empat individu itu sudah dibebaskan pada 23 September lalu.

The post SPRM tahan setiausaha politik menteri appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian