Tentera India bunuh enam penduduk kampung di Pakistan

SULERIA (Pakistan), 2 Muharram 1439H, Sabtu – Ketegangan antara Pakistan dan India memuncak semula apabila Islamabad menuduh tentera New Delhi menyerang dan membunuh penduduk kampung di wilayah Kashmir yang dikuasainya.

Laporan menyatakan, sekurang-kurangnya enam penduduk di Kashmir terbunuh, manakala 26 lagi cedera apabila tentera India menceroboh dan menggempur perkampungan mereka kelmarin dan malam semalam.

Ratusan penduduk perkampungan Charwah and Harpal di sebelah Pakistan, terpaksa dipindahkan ke kawasan selamat, termasuk di Suleria dan daerah Sialkot.

Berikutan itu, Islamabad memanggil pegawai tinggi diplomat New Delhi untuk menyatakan bantahan rasmi tindakan tentera India yang melakukan provokasi dan melanggar perjanjian gencatan senjata yang ditandatangani pada 2003.

Bagaimanapun, tentera India berkata, Pakistan melanggar perjanjian itu dan mereka hanya bertindak balas.

Laporan menyebut, serangan awal tentera India di perkampungan itu berlaku malam Khamis lalu, tatkala Perdana Menteri Pakistan, Shahid Khaqan Abbasi menuduh New Delhi melakukan 600 pelanggaran perjanjian gencatan senjata sejak Januari lalu.

Ketika memberi ucapan pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, selain mengulangi tuduhannya terhadap India, Shahid Khaqan menggesa PBB melantik utusan khas di Kashmir.

Dalam kenyataan semalam, jurucakap tentera Pakistan, Major Jeneral Asif Ghafoor berkata, wanita dan kanak-kanak adalah antara yang cedera selepas tentera India melepaskan tembakan ke arah perkampungan mereka di kampung Charwah dan Harpal di bahagian Pakistan.

Dalam kenyataan Kementerian Luar Pakistan pula berkata, jumlah kematian dijangka meningkat kerana kebanyakan yang cedera berada dalam keadaan kritikal. – Agensi

The post Tentera India bunuh enam penduduk kampung di Pakistan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian