Umar Al-Khattab pun meninggal dalam kebakaran pusat tahfiz

KUALA LUMPUR, 23 Zulhijjah 1438H, Khamis – Namanya, Umar Al-Khattab – mengambil nama sempena Khalifah Islam kedua selepas Abu Bakar.

Usianya tujuh tahun dan baharu mendaftar masuk ke Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat di ibu negara selepas Aidiladha.

Biarpun baru kira-kira dua minggu berada di pusat tahfiz itu, dia gembira dapat belajar ilmu al-Quran. Namun, hasratnya dan keluarganya untuk terus belajar di situ tidak kesampaian.

Bapanya, Helmi menerima panggilan daripada pihak hospital mengatakan Umar Al-Khattab sudah tiada – maut bersama 22 rakan dan dua guru dalam kebakaran pusat tahfiz itu menjelang Subuh pagi tadi.

Helmi tidak menyangka keseronokan dan keceriaan pada wajah Umar adalah petanda bahawa anaknya akan pergi buat selama-lamanya meninggalkan mereka sekeluarga.

“Saya sempat meluangkan masa bersamanya semalam. Walaupun, tak sampai dua minggu di situ, dia menunjukkan keseronokan menuntut ilmu.

“Dia baru masuk lepas Aidiladha lalu. Saya tidak menyangka perkara ini akan berlaku kerana baru semalam bertemunya,” kata Helmi kepada pemberita ketika ditemui di hadapan Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN), Hospital Kuala Lumpur.

Namun, helmi redha akan ketentuan Illahi.

The post Umar Al-Khattab pun meninggal dalam kebakaran pusat tahfiz appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?