Usah buat spekulasi insiden maahad tahfiz terbakar

BANGI, 23 Zulhijjah 1438H, Khamis – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan orang ramai supaya tidak mencetuskan sebarang spekulasi dan andaian berhubung tragedi kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, awal pagi ini.

Beliau dalam satu kenyataan berkata, orang ramai perlu menunggu sehingga siasatan penuh dijalankan oleh pihak berkuasa polis serta Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Beliau turut menzahirkan rasa sedih terhadap kejadian yang menyebabkan 23 mangsa termasuklah dua warden terkorban dalam kebakaran itu.

“Ketika ini 9 mangsa telah dikeluarkan dan dibawa ke Hospital. Pihak bomba masih meneruskan usaha untuk mengeluarkan mangsa-mangsa yang lain.

“Keseluruhannya 23 orang meninggal termasuk dua warden. Umur anak-anak ini antara 7 tahun hingga 17 tahun. Yang selamat adalah seramai  14 orang dan dua guru.

“Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa dan didoakan agar Allah menempatkan mereka semua di kalangan syuhada dan para solihin,” katanya.

The post Usah buat spekulasi insiden maahad tahfiz terbakar appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?