1,700 pelarian Rohingya dipindahkan ke kem baharu: PBB

NEW YORK, 9 Safar 1439H, Ahad – Organisasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, bahawa 1,700 pelarian Rohingya terpaksa dipindahkan dari khemah utama Kutupalong ke kawasan perkampungan baru yang terletak berdekatan.

Kemasukan pelarian yang terbaru itu berpunca daripada serangan maut yang berlaku di sebuah pondok polis di utara wilayah Rakhine, Myanmar.

Tindak balas dari tentera dan pengawal yang menentang etnik Muslim Rohingya terus menyusul.

Myanmar menyangkal serangan yang memaksa Rohingya melarikan diri dan sebaliknya mendakwa Rohingya adalah pendatang haram dari Bangladesh, meskipun mereka sudah menetap di utara wilayah Rakhine selama berpuluh-puluh tahun. 

Pegawai dari UNHCR berkata, kebanyakan daripada 1,700 yang dipindahkan itu merupakan mereka yang terkandas di sebuah kampung kecil di sempadan selama beberapa hari pada minggu lalu, menunggu kelulusan untuk memasuki Kutupalong.

Seramai 5,000 pelarian Rohingya akan dipindahkan ke kawasan tambahan di Kutupalong, iaitu sebahagian daripada kawasan seluas 3,000 ekar yang diperuntukkan oleh Bangladesh bagi pelarian yang baru tiba.

Pegawai-pegawai IOM berkata, agensi itu mengadakan pertemuan dengan para pemimpin masyarakat Kutupalong tentang cara terbaik untuk mengatasi keperluan penduduk.

Agensi itu sedang dalam usaha memastikan penduduk mempunyai ruang untuk memberi maklum balas dan aduan serta mempunyai sebuah badan untuk melaporkan keganasan berasaskan jantina.

Sementara itu, UNICEF memberi amaran tentang masalah kekurangan zat makanan, sanitasi yang buruk dan penularan wabak di penempatan pelarian yang berpotensi membahayakan kanak-kanak.

Berdasarkan pemeriksaan yang dijalankan ke atas kanak-kanak yang sakit, UNICEF menyatakan sesetengah kanak-kanak hampir mati dalam perjalanan melintasi sempadan Myanmar ke Bangladesh. – Bernama

The post 1,700 pelarian Rohingya dipindahkan ke kem baharu: PBB appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian