20 pekerja tertimbus dalam tanah runtuh di Tanjung Bungah

Foto: The Star

GEORGE TOWN, 1 Safar 1439H, Sabtu – Kira-kira 15 hingga 20 orang pekerja tapak pembinaan dipercayai tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di kawasan pembinaan bangunan di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah, di sini hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan dan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata pihak JBPM menerima panggilan pada 8.57 pagi dan setiba di tempat kejadian, difahamkan terdapat 15 hingga 20 orang mangsa yang tertimbus di dalam tanah runtuh.

“Kami mendapat tahu antara 15 hingga 20 mangsa mungkin tertimbus dalam kecerunan tanah dianggarkan 10 meter dan kita telah memulakan usaha mencari dan menyelamat,” katanya.

Setakat 11 pagi, difahamkan dua orang mangsa berjaya dikeluarkan dan dihantar ke Hospital Pulau Pinang.

Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan yang turut melibatkan Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia. – Bernama

The post 20 pekerja tertimbus dalam tanah runtuh di Tanjung Bungah appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian