3 mati, dua cedera dalam kejadian tembakan terbaharu di AS
MARYLAND, 29 Muharram 1439H, Khamis – Tiga maut, manakala dua lagi cedera dalam kejadian tembakan terbaharu yang berlaku di Amerika Syarikat (AS), 19 hari selepas tragedi di Las Vegas, di mana 58 terbunuh dan lebih 546 pengunjung sebuah konsert cedera akibat ditembak.
Dalam kejadian hari ini, seorang lelaki dikenali sebagai Radee Labeeb Prince, 37 tahun, memasuki sebuah pejabat – Advanced Granite Solutions – di Pusat Komersial Emmorton, dan melepaskan tembakan terhadap lima pekerja di situ, menyebabkan dua daripadanya terbunuh.
Sherif Hardford, Jeffrey Gahler berkata, lima individu yang ditembak menggunakan pistol dipercayai pekerja syarikat Advanced Granite Solutions.
Kejadian itu dilaporkan kepada polis jam 8.58 pagi waktu tempatan. Siasatan mendapati Prince memandu sebuah kenderaan utiliti sukan dan memakirnya tidak jauh dari situ, kata Gahler.
“Di luar sana ada individu yang melarikan diri setelah melakukan satu perbuatan yang kejam di negara ini. Kami mengklasifikasikan dia sebagai bersenjata dan berbahaya,” katanya pada sidang media.
Dua individu yang cedera itu dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dan ditempatkan di Pusat Trauma Hospital Baltimore.
Motif serangan itu tidak diketahui, tetapi Prince kelihatan seperti telah menetapkan siapa yang akan ditembaknya.
“Kami tidak percaya komuniti di kawasan ini dalam ancaman. Kami percaya dia sudah menetapkan siapa yang akan ditembaknya. Tetapi lelaki itu bersenjata dan tetap bahaya,” kata Gahler.
Polis juga percaya Prince mempunyai hubungan dengan perniagaan syarikat itu. – Agensi
The post 3 mati, dua cedera dalam kejadian tembakan terbaharu di AS appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan