34 rakyat kita sertai Daesh terbunuh di Iraq, Syria

KUALA LUMPUR, 3 Safar 1439H, Isnin – Tiga puluh empat rakyat Malaysia yang menyertai militan Daesh dan berjuang di Iraq serta Syria telah terbunuh setakat ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Menjawab soalan pada sidang Dewan Rakyat hari ini, beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, maklumat yang diperoleh setakat ini menunjukkan 53 rakyat Malaysia terbabit dalam militan Daesh dan berjuang di kedua-dua negara itu.

Selain itu, beliau berkata, sehingga 6 Oktober lalu polis menangkap 346 suspek yang disyaki melakukan kegiatan berunsur Daesh di Malaysia.

Daripada jumlah itu, katanya, 95 adalah rakyat Malaysia.

“Kejayaan menahan individu terbabit adalah sebahagian Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Mengurangkan Jenayah termasuk kerjasama dengan Polis Antarabangsa (Interpol) dan agensi perisikan antarabangsa lain.

“Kerjasama strategik dengan pihak Interpol dan agensi perisikan antarabangsa lain membantu polis melakukan tangkapan berterusan pihak terbabit yang didapati berunsurkan Daesh dan keganasan,” katanya.

The post 34 rakyat kita sertai Daesh terbunuh di Iraq, Syria appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian