76 sekolah tahfiz gagal penuhi piawaian keselamatan

BANGI, 13 Muharram 1439H, Selasa – Sebanyak 76 sekolah tahfiz di seluruh negara gagal memenuhi keperluan keselamatan bangunan mengikut piawaian ditetapkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Timbalan Ketua Pengarah (Bahagian Operasi) JBPM, Datuk Soiman Jahid berkata, jumlah berkenaan berdasarkan hasil pemeriksaan minggu pertama JBPM di seluruh negara bermula pada 25 September lalu.

Katanya, pemeriksaan minggu pertama itu dijalankan oleh pasukan petugas khas terdiri daripada 400 orang pegawai di 228 buah sekolah.

Bagaimanapun, daripada jumlah itu, hanya 152 sekolah sahaja yang mematuhi peraturan keselamatan, manakala bakinya gagal memenuhi syarat.

Ia membabitkan kegagalan pihak sekolah menyediakan laluan keluar bagi kecemasan kebakaran termasuklah kawasan penginapan berhampiran dengan tempat kemudahan memasak.

Beliau berkata, pemeriksaan berkenaan turut melibatkan sekolah tahfiz yang tidak berdaftar, sambil menambah bahawa jabatan itu akan menyelesaikan 1,000 atau 1,500 pusat tahfiz lagi sebelum tarikh akhir.

“Pengendali 76 buah sekolah terbabit telah menerima notis untuk memenuhi keperluan keselamatan yang digariskan dengan kadar segera, sebelum laporan lengkap mengenai pemeriksaan dikemukakan kepada Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 19 Oktober,” katanya seperti dilapor New Straits Times, hari ini.

Pemeriksaan itu adalah susulan kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, di ibu negara pada 14 September lalu sehingga menyebabkan 21 pelajar dan dua guru terkorban.

The post 76 sekolah tahfiz gagal penuhi piawaian keselamatan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian