9 dragon: Isma tuntut KDN ambil langkah konkrit jamin keamanan

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 4 Safar 1439H, Selasa – Kementerian Dalam Negeri (KDN) mesti mengambil langkah segera yang konkrit bagi menjamin keamanan dan keselamatan awam berikutan dakwaan kumpulan kongsi gelap ‘9 dragon’ menggugat penguatkuasaan di negara ini.

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman berkata, sebagai sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana, Isma tidak melihat isu ‘9 dragon’ ini sebagai satu masalah remeh.

Beliau berkata, Isma memandang serius isu ‘9 dragon’ kerana bukan sahaja boleh menyebabkan kegagalan dalam penguatkuasaan, tetapi juga akan memusnahkan konsep kedaulatan undang-undang.

“Isma menuntut jaminan segera daripada Datuk Seri Zahid Hamidi dan KDN bagi meredakan kebimbangan awam, agar ia tidak merebak lebih luas. KDN mesti mengambil langkah yang konkrit, termasuk menangkap ketua kumpulan kongsi gelap terbabit dan mengenakan tindakan tegas,” katanya.

Bercakap kepada Ismaweb hari ini, Ustaz Abdullah berkata, isu ‘9 dragon’ juga menjejaskan reputasi pihak berkuasa jika tidak ditangani segera.

“Tidak sepatutnya ada pihak lain yang lebih tinggi membayangi pihak berkuasa untuk bertindak mengikut lunas undang-undang.

“Kerana ia akan menyebabkan krisis keyakinan dan mencetuskan kebimbangan dan rasa takut dalam masyarakat,” katanya.

Sebelum ini, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendedahkan kegiatan ‘9 dragon’ yang sudah beraksi bertahun-tahun lamanya dalam industri haram, termasuk perjudian.

PPIM mendakwa, ‘9 dragon’ mempunyai kuasa sehingga mampu menukarkan penguat kuasa yang dirasakan mengganggu gugat kegiatan mereka dalam tempoh 24 jam.

The post 9 dragon: Isma tuntut KDN ambil langkah konkrit jamin keamanan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian