Akyol ditahan sebab tiada tauliah, jelas Jamil Khir

BANGI, 10 Safar 1439H, Isnin – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom membela tindakan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menahan ativis liberal Turki, Mustafar Akyol, bulan lalu.

Jelas beliau, Akyol ditahan kerana tidak mempunyai tauliah dan kebenaran menyampaikan ceramah di negara ini.

“Jawi menerima aduan awam berhubung ceramahnya bertajuk ‘Does freedom of concience open the floodgate to apostasy’, program itu dianjurkan di Kuala Lumpur dan terbuka untuk orang awam.

“Menerusi semakan mendapati Akyol tidak mempunyai tauliah bahkan pihak penganjur atau beliau sendiri tidak membuat permohonan untuk tujuan tersebut,” katanya dalam jawapan bertulis kepada Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan ahli Parlimen DAP, Teressa Kok berhubung tindakan Jawi menahan Akyol, dan perlukah semua ceramah dan syarahan menyentuh Islam di tempat awam dan universiti mesti mendapat kebenaran jabatan agama Islam.

Jamil Khir berkata, mana-mana penceramah sama ada dari dalam mahupun luar negara mesti mendapatkan kebenaran dan tauliah.

“Setiap penceramah yang ingin mengadakan program berbentuk ceramah di Malaysia perlu mendapat kebenaran dan tauliah jabatan agama negeri, majlis agama negeri, atau jabatan mufti negeri berkenaan,” katanya dipetik sebuah portal.

Awal September lalu, Akyol ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas Jawi mendesak penganjur, Islamic Renaissance Front (IRF) membatalkan siri ceramah tokoh liberal berkenaan di kampus Universiti Nottingham Malaysia.

Akyol pernah mencetuskan kontroversi mendakwa bahawa tiada hukuman untuk dosa di dalam al-Quran.

Malah dalam satu tulisannya, Akyol mendakwa murtad bukan satu kesalahan kerana tindakan keluar Islam dianggap satu bentuk kebebasan beragama, dan perlu dilihat sebagai hak, bukan jenayah.

The post Akyol ditahan sebab tiada tauliah, jelas Jamil Khir appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian