Bajet 2018 paling holistik, tapi wang mana dijadikan gula-gula

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 7 Safar 1439H, Jumaat – Pemuda Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) berbesar hati dengan peruntukan Bajet 2018 yang dianggap paling holistik dan komprehensif, meskipun nampak seperti gula-gula untuk rakyat.

Exco Ekonomi dan Perbendaharaan Pemuda, Alwi Adam berkata, Perdana Menteri dilihat mengarah dan menggunakan seluruh sumber, kekuatan, sokongan, kelebihan yang ada daripada ‘gudang senjata’.

Katanya, Datuk Seri Najib Razak seperti sedang bersiap siaga menghadapi perlawanan pilihan raya paling epik ini.

“Apakah benar semua dalam belanjawan ini gula gula semata-mata? Saya berpendapat ia bukan sekadar gula gula sahaja biarpun seolahnya banyak betul ditabur sana sini.

“Apa yang saya bimbangkan adalah duit daripada mana hendak kita beli gula-gula ini?,” soalnya ketika dihubungi Ismaweb hari ini.

Mengulas secara keseluruhan Alwi berkata, bajet tahun depan ini menyasarkan semua golongan.

“Ternyata dalam beberapa tunjang belanjawan, pemangkin yang diumumkan telah pun diketahui ramai. Pemangkin logistik, yang saya kira amat penting dalam merancakkan pertumbuhan industri dan juga tunjang pelaburan impak tinggi.

“Golongan pertengahan pula pastinya menantikan berita baik mengenai percukaian. Saya kira penurunan kadar cukai sebanyak 2 mata untuk kadar gaji RM9,000 ke bawah adalah suatu yang perlu disambut baik.

“Untuk kakitangan kerajaan pula, bonus RM1,500 pastinya diterima dengan senyuman lebar. Pemberian BR1M juga diteruskan pada bajet kali ini.

“Segala penjimatan cukai dan insentif tunai ini adalah untuk memberi lebih tunai di tangan kepada rakyat dalam usaha untuk meningkatkan permintaan domestik, yang penting untuk memacu ekonomi,” katanya.

The post Bajet 2018 paling holistik, tapi wang mana dijadikan gula-gula appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian