Bajet 2018 tak tumpu modal insan, profesion perguruan

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 10 Safar 1439H, Isnin – Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru) menyambut baik peruntukan Bajet 2018 dalam sektor pendidikan yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Jumaat lalu.

Menerusi bajet itu, kerajaan memperuntuk RM550 juta bagi Tabung Khas Penambahbaikan dan Penyelenggaran Sekolah untuk 2018.

Daripada jumlah itu, RM250 juta untuk Sekolah Kebangsaan dan RM50 juta kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina; RM50 juta Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil; Sekolah Mubaligh (RM50 juta); Sekolah Berasrama Penuh (RM50 juta); Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (RM50 juta) dan Maktab Sains Rendah MARA (RM50 juta).

Bagaimanapun Presiden iGuru, Ustaz Mohd Azizee Hasan berkata, pihaknya sedikit kesal apabila bajet tahun depan itu hanya tertumpu kepada aspek fizikal, tidak kepada modal insan.

Katanya, kerajaan sepatutnya memikirkan juga cara untuk memperkasa profesion perguruan.

“Kita melihat bajet untuk memperkasa profesion perguruan dan pembinaan modal insan tidak dizahirkan dengan jelas. Kesannya, ia akan memberikan signifikan kepada warga pendidik,” katanya ketika dihubungi Ismaweb, hari ini.

Mengulas lanjut, Ustaz Azizie berkata, iGuru berharap agar peruntukan Bajet 2018 ini akan diguna sebaiknya, bagi meningkat kecemerlangan pelajar di sekolah bandar dan luar bandar.

“iGuru juga mahu peruntukan yang diberi dapat menaik taraf prasarana sekolah, terutama sekolah kebangsaan dan sekolah- sekolah daif.

“Dalam masa sama, ia juga dapat meningkatkan kecemerlangan sekolah luar bandar sekali gus merapatkan jurang pendidikan bandar dan luar bandar,” katanya.

The post Bajet 2018 tak tumpu modal insan, profesion perguruan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian