Bajet memancing undi bertambah RM20.17 bilion berbanding 2017

KUALA LUMPUR, 7 Safar 1439H, Jumaat – Sejumlah RM280.25 bilion diperuntukkan dalam Bajet 2018, meningkat RM260.8 bilion, berbanding peruntukan Bajet 2017 sebanyak RM260.8 bilion.

Bajet tahun depan dibentangkan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat, petang ini.

Ketika membentangkannya di Dewan Rakyat petani ini, Najib berkata, bajet kali ini dianggap paling penting kerana ia merupakan rumusan kepada prakarsa yang telah memacu negara semenjak beliau menjadi PM pada 2009

Bajet 2018 juga adalah yang terakhir sebelum tempoh Kerajaan Persekutuan pimpinan Najib sekarang ini akan berakhir Jun tahun depan, bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Tempoh itu bagaimanapun boleh berlanjutan pada ‘masa tambahan’ 60 hari iaitu sehingga Ogos 2018, sekiranya Dewan Rakyat tidak dibubarkan pada Jun 2018.

Antara pihak yang menerima manfaat terbaharu dan terbesar dalam sejarah negara ialah mereka yang terbabit dalam sektor pertanian dan menangkap ikan.

Golongan ini akan menerima peruntukan RM6.5 bilion dalam Bajet 2018 bagi melaksanakan pelbagai program antaranya RM2.3 bilion bantuan insentif baja. RM500 juta (tambah baik sistem pengairan kawasan pertanian), RM200 juta untuk tanaman semula getah.

Dalam pada itu, Najib mengumumkan pesawah yang mengerjakan tanaman padi akan diberi ‘gaji’ RM200 selama tiga bulan sementara menunggu hasil tanaman boleh dituai.

Bajet 2018 bertemakan ‘Memakmur ekonomi yang inklusif, mengimbang keunggulan duniawi dan ukhrawi demi mensejahtera kehidupan rakyat, menuju TN50’.

Ismaweb akan menyiarkan teks ucapan penuh Bajet 2018.

The post Bajet memancing undi bertambah RM20.17 bilion berbanding 2017 appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian