Bangladesh musnahkan 20 bot bawa pelarian Rohingya

SHAH PORIP DWIP (Bangladesh), 15 Muharram 1439H, Khamis – Pihak berkuasa Bangladesh telah memusnahkan kira-kira 20 bot yang mengangkut pelarian Rohingya ke sempadan negara itu, kerana didakwa disalahgunakan oleh penyeludup untuk membawa masuk dadah.

Memetik laporan Reuters, pengawal sempadan negara itu juga menangkap penumpang bot berkenaan yang tiba di sini pada malam Selasa lalu.

Komander Border Guards Bangladesh (BGB), Leftenan Kolonel Ariful Islam bagaimanapun menafikan bahawa berlaku kekasaran antara pihak berkuasa dan penumpang bot terbabit.

Sebaliknya jelas beliau, ia adalah sebahagian daripada tindakan keselamatan terhadap jenayah penyeludupan manusia, dadah jenis methamphetamine dan ubat yang dikenali sebaga ‘ya ba’.

“Bot-bot terbabit cuba menyeludup masuk penumpang yang tidak sepatutnya,” katanya.-  Agensi

The post Bangladesh musnahkan 20 bot bawa pelarian Rohingya appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian